2.10.13

Tutorial Header Bergerak

Assalamualaikum,

Hye hari ney almas nak buat satu tutorial.. almas curi-curi buat tuto jub untuk adik @OfficialNudin_ ..


Ok, Jum kita mula kan sekarang...

Step 1 :
  • korang mesti la kena ada software PHOTOSCAPE. kalau tak ada korang bole download kt SINI 
Step 2 :
  • Photoscape > Editor > Paint (buat kotak kosong ikot panjang korang punya layout k) n save..
  • korang bole mula design header k,tp jangan save semua.. korang kena 1 per 1.. tak faham ka? ok la korang tengok macam bawah ney,almas save 1 1..

1..



2..



3..



4..



5..


Step 3 :
  • Lepas tu korang bukak > Animated GIF 
mcm ney ok.. n then, korang punya animated GIF tu akan jadi macam bawah ney.. 





faham x? ok lepas tu korang set timer dia kt CHANGE TIME tu ok..
Then, korang save la..

Bila korang dah save,korang nya header akan jd mcm ney..


pastu korang save k..

Sampai sini ja almas dapat bantu,kalau ada benda-benda yang korang tak faham, korang bole ja tanya almas..insya allah almas bole tolong.. To adik @OfficialNudin_   .. 

15.9.13

Dah siap New Header for cik ateen

Assalamualaikum..
hye..hari ni almas curi-curi buat "New Header" untuk adik FATIN ZAINUDDIN ..
walaupon simple ja almas try jugak buat.. alhamdulillah "Header" ney memuaskan hati cik fatin ayu kita..

let's check it out..


hey..jangan tengok ja ya.. follow la sekali kawan almas sorang ney,sharing is caring..follow la cik fatin kt sini .. nie first time tau almas edit buat header kt org..alhamdulillah sangat,diterima.. lau korang berminat,korang pon boleh order header kt almas.. permintaan mengikut kehendak pelanggan,selagi korang xpuas aty korang bole ja komplen..yang penting korang puas aty kan.. hehe ok la,almas nk sambung keja.. jumpa korang lagi.. bye2.. 


20.8.13

Mari Menyegar & Menyihatkan Wajah Anda.!

Assalamualaikum,hye semua..

almas faham mcm mna perasaan bila jerawat tumbuh dengan subur kt muka korang kan.. haha mcm almas la,time nk g beraya la jerawat ney nak naik.. tensyen,so kt sini almas nak kongsi untuk kita semua..





 Peras lemon dan oleskan perasan tersebut pada jerawat di wajah sebelum tidur. Kandungan      asam sitrat di lemon terbukti efektif mengubati jerawat. Biarkan selama semalam,cucilah wajah dengan air.



TELUR

 Mengaplikasikan telur dapat memecahkan berbagai problem kecantikan yang sering dikeluhkan wanita. Misalnya saja seperti jerawat, pori-pori besar, kulit kering, kulit berminyak, bekas jerawat, rambut yang kehilangan kesuburan dan kelembabannya, rambut kasar, dan lain sebagainya.

kebaikan telur juga :


 Telur merawat kulit berminyak
 Telur menyembuhkan jerawat
 Telur melembutkan kulit
 Telur merawat kulit yang bekas terbakar matahari
 Telur menghilangkan lingkaran hitam di mata






TIMUN



 Korang blend-kan timun dan tapis air. Hampas timun tu korang jadikan mask. Biarkan selama 30 minit atau sehingga kering then cuci dengan air bersih. Jus timun tu korang boleh diminum untuk menyejukkan badan. Selain itu,Cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan memicit timun dan menyapu jus yang keluar pada wajah dan biar ia menyerap ke dalam kulit.







KULIT KAYU MANIS

 Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.







LIDAH BUAYA ALOE VERA

 Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling pentig, usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan.






COLGATE

 Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru dibilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.Ha yang ney almas selalu buat,sejukkk ja..mmg berkesan..



jom la sekali sekala memanjakan wajah anda..Selamat mencuba..











30.7.13

Kebaikan bedak TANAKA Nora Danish


assalamualaikum,hye.. almas nk kongsi kebaikan bedak sejuk TANAKA..  sebenarnya almas sendiri pon menggunakan bedak sejuk ney.. sebelom ney almas mmg suka pakai bedak sejuk,tak kira masa.. sampai family bg gelaran "budak bedak sejuk"..so almas pon mula mencuba bedak TANAKA,selepas menggunakan bedak sejuk  ney,jerawat2 kt muka kejab ja da kecut.. memang berkesan la.. tak mau membebel banyak2.. korang baca la kat bawah ney ya..

Bedak TANAKA diperbuat daripada sumber alam semulajadi,atau sebetulnya Thanaka, ialah sejenis pokok yang popular di Myanmar.


ney la pokok Thanaka..

Bedak sejuk Tanaka ni ada bermacam2 bau.. Ada bau lemon, ros, original n jasmine..

Bedak Sejuk Tanaka

Antara kelebihannya:
 - Kecutkan jerawat
 - Haluskan kulit
 - Hilangkan jeragat
 - Lembutkan kulit
 - Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation
 - Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
 - Pelindung cahaya matahari


ney rahsia nora danish yang sentiasa cantik berseri..



23.7.13

Kebaikan hari ke-15 puasa ramadhan

Aassalamualaikum,

Hari ney hari ke-15 kita umat islam berpuasa.. Almas nk cerita kebaikan hari ke-15 puasa di bulan ramadhan.

Keutamaan hari ke-15 puasa ramadhan, Allah SWT menunaikan untuk kalian hajat-hajat dunia dan akhirat, memberi kalian apa yang diberikan kepada Nabi Ayyub; para malaikat pemikul Arasy memohonkan ampunan untuk kalian, dan pada hari kiamat Allah akan memberi kalian empat puluh cahaya, sepuluh cahaya dari sebelah kanan kalian, sepuluh dari sebelah kiri kalian, sepuluh dari depan kalian, dan sepuluh cahaya dari belakang kalian.

  Allah SWT menunaikan untuk kalian hajat-hajat dunia dan akhirat, memberi kalian apa yang diberikan                  kepada Nabi Ayyub; para malaikat pemikul Arasy memohonkan ampunan untuk kalian, dan pada hari                  kiamat Allah akan memberi kalian empat puluh cahaya, sepuluh cahaya dari sebelah kanan kalian, sepuluh        dari sebelah kiri kalian, sepuluh dari depan kalian, dan sepuluh cahaya dari belakang kalian.



20.7.13

"KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN"



Hye  korang apa kabar.. Di bulan Ramadhan yang mulia ini,almas mengambil kesempatan untuk kongsi segala mengenai kebaikan pada bulan ramadhan.. ary ney dah 12 ary kita berpuasa,korang mcm mana?
Almas harap korang dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya.. ok, kt sini almas nak kongsi kelebihan berpuasa di bulan ramadhan.

ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.

 Pintu langit dibuka
 Pintu-pintu syurga di buka

FADHILAT YANG LAIN


 Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
 Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
 Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
 Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon        
      keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN

Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
  • Solat sunat Tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.

Harap korang dapat terima sedikit sebanyak dengan apa yang almas kongsi..