30.7.13

Kebaikan bedak TANAKA Nora Danish


assalamualaikum,hye.. almas nk kongsi kebaikan bedak sejuk TANAKA..  sebenarnya almas sendiri pon menggunakan bedak sejuk ney.. sebelom ney almas mmg suka pakai bedak sejuk,tak kira masa.. sampai family bg gelaran "budak bedak sejuk"..so almas pon mula mencuba bedak TANAKA,selepas menggunakan bedak sejuk  ney,jerawat2 kt muka kejab ja da kecut.. memang berkesan la.. tak mau membebel banyak2.. korang baca la kat bawah ney ya..

Bedak TANAKA diperbuat daripada sumber alam semulajadi,atau sebetulnya Thanaka, ialah sejenis pokok yang popular di Myanmar.


ney la pokok Thanaka..

Bedak sejuk Tanaka ni ada bermacam2 bau.. Ada bau lemon, ros, original n jasmine..

Bedak Sejuk Tanaka

Antara kelebihannya:
 - Kecutkan jerawat
 - Haluskan kulit
 - Hilangkan jeragat
 - Lembutkan kulit
 - Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation
 - Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
 - Pelindung cahaya matahari


ney rahsia nora danish yang sentiasa cantik berseri..



23.7.13

Kebaikan hari ke-15 puasa ramadhan

Aassalamualaikum,

Hari ney hari ke-15 kita umat islam berpuasa.. Almas nk cerita kebaikan hari ke-15 puasa di bulan ramadhan.

Keutamaan hari ke-15 puasa ramadhan, Allah SWT menunaikan untuk kalian hajat-hajat dunia dan akhirat, memberi kalian apa yang diberikan kepada Nabi Ayyub; para malaikat pemikul Arasy memohonkan ampunan untuk kalian, dan pada hari kiamat Allah akan memberi kalian empat puluh cahaya, sepuluh cahaya dari sebelah kanan kalian, sepuluh dari sebelah kiri kalian, sepuluh dari depan kalian, dan sepuluh cahaya dari belakang kalian.

  Allah SWT menunaikan untuk kalian hajat-hajat dunia dan akhirat, memberi kalian apa yang diberikan                  kepada Nabi Ayyub; para malaikat pemikul Arasy memohonkan ampunan untuk kalian, dan pada hari                  kiamat Allah akan memberi kalian empat puluh cahaya, sepuluh cahaya dari sebelah kanan kalian, sepuluh        dari sebelah kiri kalian, sepuluh dari depan kalian, dan sepuluh cahaya dari belakang kalian.



20.7.13

"KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN"



Hye  korang apa kabar.. Di bulan Ramadhan yang mulia ini,almas mengambil kesempatan untuk kongsi segala mengenai kebaikan pada bulan ramadhan.. ary ney dah 12 ary kita berpuasa,korang mcm mana?
Almas harap korang dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya.. ok, kt sini almas nak kongsi kelebihan berpuasa di bulan ramadhan.

ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.

 Pintu langit dibuka
 Pintu-pintu syurga di buka

FADHILAT YANG LAIN


 Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
 Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
 Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
 Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon        
      keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN

Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
  • Solat sunat Tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.

Harap korang dapat terima sedikit sebanyak dengan apa yang almas kongsi..

18.7.13

Hukum Menziarah & Bertandang di Facebook? Haram atau ???

assalamualaikum,salam ramadhan al-mubarak..

Hari ney almas nk kongsi serba sedikit mengenai "Apa agaknya hukum menziarahi dan bertandang di Facebook semasa bulan Ramadan? Mungkinkah hukumnya haram? Atau"...

actually,almas cuma copy paste dari laman sesawang jugak untuk dikongsikan dengan korang semua.. so,jom la membaca..


Sebenarnya, jika lawatan kita ke internet itu menyebabkan kita melihat perkara-perkara yang ditegah, tentunya ia akan mengurangkan bahkan barangkali melupuskan pahala puasa, bahkan, kita mungkin akan mendapat dosa sekiranya mata kita melihat atau melayari perkara-perkara maksiat.

Selagi apa yang wujud dalam internet itu tidak menyebabkan puasa kita terbatal, maka puasa kita tetap sah tetapi ia sesuatu yang tidak menguntungkan kita, sedangkan sebagai umat Islam kita amat disarankan untuk mengumpulkan pahala sebanyak mungkin ketika dalam bulan Ramadan.


Pada saya, Facebook ialah perkampungan maya, setiap pemilik akaun merupakan tuan rumah dan friends adalah jiran-tetangga. Dalam perkampungan maya ini, terdapat “kedai”, “tempat hiburan”, “berita atau maklumat terkini”, “bank resepi” dan pelbagai bentuk informasi. Kita bebas menyapa jiran-tetangga, begitu juga sebaliknya.


Facebook merupakan medium semata-mata, tetapi manusialah yang akan menjadikan ia sebagai sesuatu yang boleh memangkinkan pahala ataupun sebaliknya. Telah pun dinyatakan sebelum ini bahawa Facebook ibarat sebuah kampung dalam bentuk maya.

Jika kita seorang yang cintakan agama, tentunya kita akan mencintai puasa kita dan seterusnya kitalah yang akan menjadikan suasana akaun Facebook yang dimiliki sebagai suasana yang memelihara pahala puasa. Bukankah kita boleh mewujudkan sebuah perkampungan yang mesra Ramadan?


Pilihlah jiran-tetangga yang akan mempunyai jiwa yang mencintai Islam, tentunya kita tidak akan gundah dengan pahala puasa kita. Ini kerana, status-status yang akan kita baca di halaman rumah kita hanya status yang baik-baik.

Akan wujudlah perkampungan yang akan saling ingat-mengingati. Perkampungan maya yang baik akan mempengaruhi pemikiran yang baik dari semua aspek termasuklah untuk menghargai masa yang ada. Contoh yang mudah adalah, pada setiap hari Jumaat akan ada pemilik akaun yang mengemas kini statusnya dengan menyatakan kebaikan membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Status sebegini sebenarnya mampu memberi pengaruh kepada friends dan menarik friends untuk membaca al-Quran.

Ujar Rasulullah SAW, “Perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual wangian. Ada kalanya engkau diberinya atau membeli daripadanya atau beroleh bau wanginya. Dan, perumpamaan sahabat yang jahat ibarat peniup tukang besi, ada kalanya engkau terbakar dengan percikan apinya atau terkena bau busuknya” (Hadis riwayat Bukhari).

Maka, untuk merumuskan apakah hukumnya melawat Facebook semasa Ramadan, hukumnya ada pada diri kita.Tepuk dada, tanyalah iman.

ney ja yang dapat almas kongsi dengan korang, selamat berpuasa.. 


16.7.13

assalamualaikum.. hye hye hyeee

assalamualaikum,hye u all's..

firstly,almas nak minta maaf coz blog ney masih tak sempurna dalam erti kata lain in renovation k..
Apa pun almas akan cuba yang terbaik untuk menghias blog ney secantik n se"cute" nya ya.. hehe
so kalau korang ada apa-apa nak tanya macam mana almas hias blog ney,almas sedia membantu.. "sharing is caring" Right..
soooooooo almas akan share kt korang k.. ...

sampai sini saja pertemuan kita setelah sekian lama menghilang.. nanti almas post lg k..

see u all's lagi bubyee