)
Hari ney almas nk kongsi serba sedikit mengenai "Apa agaknya hukum menziarahi dan bertandang di Facebook semasa bulan Ramadan? Mungkinkah hukumnya haram? Atau"...
actually,almas cuma copy paste dari laman sesawang jugak untuk dikongsikan dengan korang semua.. so,jom la membaca..

Selagi apa yang wujud dalam internet itu
tidak menyebabkan puasa kita terbatal, maka puasa kita tetap sah tetapi ia
sesuatu yang tidak menguntungkan kita, sedangkan sebagai umat Islam kita amat
disarankan untuk mengumpulkan pahala sebanyak mungkin ketika dalam bulan
Ramadan.
Pada saya, Facebook
ialah perkampungan maya, setiap pemilik akaun merupakan tuan rumah dan friends
adalah jiran-tetangga. Dalam perkampungan maya ini, terdapat “kedai”, “tempat
hiburan”, “berita atau maklumat terkini”, “bank resepi” dan pelbagai bentuk
informasi. Kita bebas menyapa jiran-tetangga, begitu juga sebaliknya.
Facebook merupakan
medium semata-mata, tetapi manusialah yang akan menjadikan ia sebagai sesuatu
yang boleh memangkinkan pahala ataupun sebaliknya. Telah pun dinyatakan sebelum
ini bahawa Facebook ibarat sebuah kampung dalam bentuk maya.
Jika kita seorang
yang cintakan agama, tentunya kita akan mencintai puasa kita dan seterusnya
kitalah yang akan menjadikan suasana akaun Facebook yang dimiliki sebagai
suasana yang memelihara pahala puasa. Bukankah kita boleh mewujudkan sebuah
perkampungan yang mesra Ramadan?
Pilihlah
jiran-tetangga yang akan mempunyai jiwa yang mencintai Islam, tentunya kita
tidak akan gundah dengan pahala puasa kita. Ini kerana, status-status yang akan
kita baca di halaman rumah kita hanya status yang baik-baik.
Akan wujudlah perkampungan yang akan saling
ingat-mengingati. Perkampungan maya yang baik akan mempengaruhi pemikiran yang
baik dari semua aspek termasuklah untuk menghargai masa yang ada. Contoh yang
mudah adalah, pada setiap hari Jumaat akan ada pemilik akaun yang mengemas kini
statusnya dengan menyatakan kebaikan membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat.
Status sebegini sebenarnya mampu memberi pengaruh kepada friends dan menarik
friends untuk membaca al-Quran.
Ujar Rasulullah
SAW, “Perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual wangian. Ada kalanya
engkau diberinya atau membeli daripadanya atau beroleh bau wanginya. Dan,
perumpamaan sahabat yang jahat ibarat peniup tukang besi, ada kalanya engkau
terbakar dengan percikan apinya atau terkena bau busuknya” (Hadis riwayat
Bukhari).
Maka, untuk
merumuskan apakah hukumnya melawat Facebook semasa Ramadan, hukumnya ada pada
diri kita.Tepuk dada, tanyalah iman.
ney ja yang dapat almas kongsi dengan korang, selamat berpuasa..

No comments:
Post a Comment